
Dalam tutorial ini, saya gunakan pola Portable Sewing Machine Cover yang boleh didapati di sini. Tutorial ini juga boleh digunakan untuk menjahit cover alatan yang lain seperti thermomix (dapatkan pola percuma di sini), cover mesin jahit tepi, slow juicer, mesin coverstitch dan sebagainya.
Sebelum anda print pola, pastikan anda ukur dahulu mesin jahit atau peralatan dapur yang anda ingin jahit covernya supaya cover yang dijahit adalah saiz yang betul. Rujuk ukuran pada kepingan pola. Sekiranya ukuran mesin jahit atau peralatan dapur anda sedikit berbeza misalnya berbeza ketinggian atau lebar, anda boleh mengurangkan atau menambahkan perbezaan ukuran tersebut.
Material yang diperlukan
- Fabrik – anda boleh gunakan apa-apa sahaja kain yang dirasakan sesuai seperti cotton woven, cotton canvas, vinyl, PU leather etc.
- Batting – lebih mudah jika anda menggunakan batting bergam (fusible batting). memudahkan proses quilting. Jika tiada batting bergam, boleh juga gunakan batting biasa bersama spray adhesive untuk fabrik atau gunakan safety pin sahaja.
- Bias tape – anda boleh menggunakan bias tape readymade atau buat sendiri bias tape menggunakan fabrik yang sama atau kontra. Ukuran lebar bias tape adalah 2inci.
- Piping (Optional) – untuk bentuk cover yang lebih cantik dan sturdy, anda boleh menjahit piping di keliling side panel. Jika anda menggunakan fabrik yang sturdy bersama piping, anda tidak perlukan batting.
Download pola thermomix cover secara PERCUMA di SINI
Dapatkan pola cover appliances yang lain di SINI




