Cara Jahit Cover Mesin Jahit

Dalam tutorial ini, saya gunakan pola Portable Sewing Machine Cover yang boleh didapati di sini. Tutorial ini juga boleh digunakan untuk menjahit cover alatan yang lain seperti thermomix (dapatkan pola percuma di sini), cover mesin jahit tepi, slow juicer, mesin coverstitch dan sebagainya.

Sebelum anda print pola, pastikan anda ukur dahulu mesin jahit atau peralatan dapur yang anda ingin jahit covernya supaya cover yang dijahit adalah saiz yang betul. Rujuk ukuran pada kepingan pola. Sekiranya ukuran mesin jahit atau peralatan dapur anda sedikit berbeza misalnya berbeza ketinggian atau lebar, anda boleh mengurangkan atau menambahkan perbezaan ukuran tersebut.

 

Material yang diperlukan

  1. Fabrik – anda boleh gunakan apa-apa sahaja kain yang dirasakan sesuai seperti cotton woven, cotton canvas, vinyl, PU leather etc.
  2. Batting – lebih mudah jika anda menggunakan batting bergam (fusible batting). memudahkan proses quilting. Jika tiada batting bergam, boleh juga gunakan batting biasa bersama spray adhesive untuk fabrik atau gunakan safety pin sahaja.
  3. Bias tape – anda boleh menggunakan bias tape readymade atau buat sendiri bias tape menggunakan fabrik yang sama atau kontra. Ukuran lebar bias tape adalah 2inci.
  4. Piping (Optional) – untuk bentuk cover yang lebih cantik dan sturdy, anda boleh menjahit piping di keliling side panel. Jika anda menggunakan fabrik yang sturdy bersama piping, anda tidak perlukan batting.

Download pola thermomix cover secara PERCUMA di SINI

Dapatkan pola cover appliances yang lain di SINI

Cara Jahit

  1. Quilting

Langkah ini adalah optional. Cover akan nampak lebih kemas dan cantik sekiranya anda melakukan langkah ini. Sandwich kan main fabric, batting dan lining fabric seperti gambar dibawah dan quilt mengikut citarasa anda. Ulang langkah ini untuk semua kepingan pola. Untuk side panel, adalah lebih mudah sekiranya anda melalukan proses quilting dahulu kemudian barulah anda potong mengikut ukuran side panel.

 

 

 

 

 

 

 

Kain yang sudah siap quilt dan dipotong mengikut pola.

2. Sediakan kepingan poket

Anda boleh memilih untuk menjahit poket di sisi cover atau hadapan cover. Kesesuaian kedudukan pocket adalah bergantung kepada bentuk peralatan tersebut. Sebagai contoh, untuk cover mesin jahit portable, memandangkan bahagian sisi cover adalah pendek, jadi kurang sesuai sekiranya anda ingin menjahit poket sisi memandangkan tidak banyak barang yang boleh diselit di poket bersaiz kecil.

Gambar di bawah adalah proses menjahit bias tape pada bahagian atas poket. Right side together (RST), pinkan bias tape ke bahagian atas poket kemudian jahit cantum. Memandangkan batting yang digunakan agak tebal, lebih praktikal sekiranya pin digantikan dengan magic clip seperti gambar di bawah. Kemudian terbalikkan bias tape yang dijahit tadi dan lipat 1/2inci ke dalam sebanyak 2 kali sehingga bias tape tersebut menutupi bahagian atas (raw edge) poket.

Jahit tindih.

3. Jahit Poket ke Main Panel

Kemudian pinkan pocket tadi ke bahagian luar main panel dan jahit jahitan sementara (basting stitch) di kedua-dua sisi. Sekiranya anda ingin membuat partition untuk poket, anda boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan jahit tindih poket dengan main panel.

Download pola thermomix cover secara PERCUMA di SINI

Dapatkan pola cover appliances yang lain di SINI

4. Cantum Main Panel dengan Side Panel

Dengan menggunakan fabric clip (magic clip), pinkan main panel dengan side panel. Pinkan sebanyak mungkin untuk memudahkan proses jahitan nanti.

Kemudian jahit cantum dengan basi 1/4inci. Anda juga boleh memilih untuk menjahit tepi/zigzag selepas menjahit cantum. Langkah ini adalah optional.

5. Kemasan Bawah Cover

Akhir sekali, jahit bias tape di keliling bahagian bawah cover. Ikut langkah yang sama seperti jahit bias tape pada bahagian poket di langkah 2.

Siap!

 

Download pola thermomix cover secara PERCUMA di SINI

Dapatkan pola cover appliances yang lain di SINI

Comments are closed.