add to cart

Tutorial Pembelian di HaurraSewing.com

Tutorial ini akan menunjukkan 4 langkah mudah bagaimana anda boleh membuat pembelian produk di HaurraSewing.com.

#1 Sila Login Ke Akaun Anda

Untuk pendaftaran akaun, anda boleh klik di sini. Seterusnya, sila lengkapkan profil anda seperti nama, alamat bil dan penghantaran, dan lain-lain.

how to register

 

#2 Pilih Produk Yang Hendak Dibeli

Anda boleh lihat semua produk di Shop atau anda boleh membuat carian menggunakan borang carian. Kemudian klik “Add to cart” pada produk yang anda ingin beli.

add product to cart

 

#3 Untuk menyemak produk yang telah dipilih, klik pada menu Cart. Di sini, anda boleh tambah kuantiti, atau buang produk yang tidak ingin dibeli. Anda juga boleh masukkan kod diskaun (jika ada) untuk mendapatkan lebih penjimatan.

Klik “Proceed to Checkout” untuk teruskan dengan pembayaran atau anda boleh menambah lain-lain produk sebelum meneruskan dengan pembayaran.

check cart

 

#4 Buat Pembayaran

Semak maklumat anda sebelum membuat bayaran. Pastikan maklumat seperti nama, emel, no telefon, alamat adalah lengkap dan betul.

Kemudian, pilih mod pembayaran anda. Jika anda memilih Billplz/ToyyibPay/Paypal, sila ikuti arahan dan langkah-langkah di laman web mereka dan turuti arahan sehingga anda diajukan kembali ke laman web HaurraSewing.com.

Pesanan anda akan dikemaskini secara automatik. Jangan sesekali tutup pelayar web anda ketika melakukan transaksi.

proceed checkout

Comments are closed.